was successfully added to your cart.

Cart

Minggu Latihan Nasional (NTW) 2024

By July 10, 2024Uncategorized

Menyemarakkan Semangat Keusahawanan dan Perakaunan dalam NTW 2024: Peluang dan Pembelajaran Bersama Hadi Venture

Baru-baru ini Hadi Venture telah berjaya menganjurkan dua program latihan yang berimpak tinggi sempena National Training Week (NTW) 2024 yang dianjurkan oleh HRDCorp. Program-program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan luar biasa daripada peserta dari pelbagai bidang dan industri.

Asas Perniagaan dan Keusahawanan

Pada 27 Jun 2024, sesi Asas Perniagaan dan Keusahawanan telah diadakan dari pukul 9 pagi hingga 1 tengahari secara atas talian. Program ini bertujuan untuk memberikan pengenalan menyeluruh kepada keusahawanan, idea dan peluang perniagaan, perancangan perniagaan, model perniagaan dan strategi dan banyak lagi. En Hafiz Rashid, seorang Trainer Berdaftar dengan HRDCorp yang berpengalaman dalam menjalankan latihan-latihan kepada usahawan, telah memimpin sesi ini dengan jayanya. Kehadiran usahawan-usahawan dan mereka yang ingin menjadi usahawan telah memeriahkan sesi ini. Para peserta telah diberi pendedahan mengenai dunia keusahawanan beserta tips-tips dalam menjalankan perniagaan. Semoga latihan seperti ini dapat diadakan lagi dan dapat memberi banyak manfaat kepada usahawan dan bakal usahawan.  

Aplikasi Perakaunan dan Kewangan dalam Organisasi

Pada 30 Jun 2024, sesi Aplikasi Perakaunan dan Kewangan dalam Organisasi pula diadakan dari pukul 9 pagi hingga 1 petang. Program ini menumpukan kepada latihan sistem perakaunan, kepentingan penyata kewangan, penyediaan penyata kewangan, memahami pengurusan kewangan dan banyak lagi. Dalam program yang berdurasi 4 jam ini juga, pihak Hadi Venture juga mendedahkan kepada peserta berkenaan dengan SQL Accounting yang dapat memudahkan urusan kewangan. Mereka yang menyertai terdiri daripada akauntan, pengurus kewangan dan juga pemilik syarikat. Aktiviti yang diadakan dan sesi soal jawab antara peserta begitu meriah dan mendapat sambutan. Ada di antara mereka yang ingin mengikuti latihan-latihan dari Hadi Venture selepas ini. Penangan latihan ini telah memberi banyak impak kepada peserta. Semoga para peserta dapat menggunakan seluruh tips dan mendapat manfaat dari sesi yang diadakan.

Maklum Balas dan Kepuasan Peserta

Kedua-dua sesi ini telah mendapat sambutan hangat daripada para peserta, yang datang dari pelbagai latar belakang industri. Maklum balas yang diterima sangat positif, dengan peserta mengakui peningkatan pemahaman mereka terhadap keusahawanan dan perakaunan. Mereka juga menghargai pendekatan interaktif dan praktikal yang digunakan sepanjang program.

Hadi Venture sebagai Training Provider Berdaftar

Sebagai salah satu training provider berdaftar di bawah HRDCorp, Hadi Venture komited untuk menyediakan kursus-kursus berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan industri semasa. Kami menawarkan pelbagai kursus yang boleh membantu individu dan organisasi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Jika anda berminat untuk menyertai mana-mana kursus latihan kami, jangan segan untuk menghubungi kami melalui:

Telefon: 6018-587 0274 (Pejabat)

Email: hr@hadiventure.com 

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, layari laman web kami di www.hadi-academy.com.

Teruskan mengikuti blog kami untuk kemas kini terbaru mengenai program latihan dan aktiviti yang akan datang!

Leave a Reply