Pilih Kontraktor: 5 Tips Supaya Tidak Kena Tipu
Khairul Izwan - 25 Sept 2024
Kali ini saya nak share supaya warga Malaysia tak kisah la golongan Kayangan mahupun rakyat Marhaen tidak kena tipu oleh kontraktor. Pastikan korang fahami betul-betul point yang diberikan supaya korang jadi orang yang lebih smart lepas ni. Ok?
1. Pastikan korang lantik kontraktor yang ada SSM.
Bahasa mudahnya kontraktor yang ada syarikat lah. Kenapa eh perlu ada syarikat? Kalau deal direct dengan tukang kan lagi murah? Kita kan nak cut cost. Selagi boleh jimat, kita jimat. Hehehe. Nak jimat punya pasal, jangan sampai terkena jerut di leher ye. Yelah, nak reno rumah atau buat rumah, bukannya seratus dua. Biasanya ribu-ribu. So pastikan korang cerdik tak kena tipu ye. Of course la lantik kontraktor yang berdaftar SSM ni harga dia akan mahal lagi compared harga yang direct tukang rumah. Yela, kontraktor banyak overhead nak kena tanggung. Nak maintain office, sewa tu sewa ni, bayar supervisor yang akan memantau kerja di tapak bina dan lain-lain. Korang nak peace of mind kan? Perlu lantik syarikat yang betulbetul berdaftar dengan SSM. So nak search CTOS pun boleh. Kadang-kadang company tu dah di blacklist atau ada tindakan mahkamah. So yang tu korang reject siap-siap. Kalau yang takde company, korang nak filter macam mana? Kalau struktur rumah retak lebih 10mm, korang nak suruh tukang (tanpa SSM) buat balik? Harini call 10 kali tak angkat. Esoknya dia dah tukar nombor lain. Haha. Ok next point.
2. Kontraktor mestilah warganegara Malaysia.
Tak kisahla kontraktor Bumiputera Melayu ke, Cina ke, India ke. Yang pasti mesti warganegara Malaysia. Bukan apa, jika ambil bukan warganegara apa yang akan terjadi adalah apabila korang nak tuntut warranty. Ye lah setiap projek mestila ada warranty kan lepas siap kerja. Ada sesetengah orang, dia nak jimat punya pasal, dia pergi deal dengan orang luar (bukan warganegara). Pastu tetiba ada defect kat rumah owner tu, kalau defect sikit-sikit tu mungkin kontraktor tu buat la kot (tu pun kalau buat). APATAH Lagi kalau ada major defect. Depa nak buat ka? Kena pulak yang hati kering, dia pergi block owner rumah terus. Naya Pak Karim! PUN BEGITU, kontraktor warganegara yang buat taik pun ada. Sebenarnya banyak je. Korang tak caya? Cuba pergi balai polis tanya kes kena tipu dengan kontraktor. Saya dah tanyakan bagi pihak anda. MEMANG BANYAK KES PENIPUAN. Aduiii, camne tak nak kena tipu eh? Ok kita go to the next point.
3. CIDB wajib ada!
Aikkk apa hal nak buat rumah pun kena ada CIDB? Haaa tu la.. CIDB tu bagi yang belum tahu,
saya nak habaq mai. CIDB stand for Construction Industry Development Board. Sebagai
kontraktor yang genuine dan established, kena la ada CIDB mat. CIDB ni ada gred-gred dia. G1
sampai la G7. Yang buat project mega tu biasanya G5, G6 dan G7.
CIDB ni lah badan yang memantau kegiatan kontraktor ni. Dalam bahasa mudah, CIDB ni akan
ambil tindakan pada kontraktor yang bermasalah contohnya tak siap projek, tipu client, tak
deliver kerja as per contract @ quotation. So kalau kontraktor tu lesen dia kena gantung, agak agak korang nak pilih ke? ATAU, kalau dia takde lesen CIDB, korang nak ke engage dengan dia? So lepas korang dah baca ni, korang cari la yang ada CIDB. Mudah mudahan peratus kena tipu tu lebih rendah.
Jom baca : CIDB
4. Hitam putih @ black & white kena ada
Takkan la nak buat rumah ribu-ribu takde quotation? Kena la ada mat. Ni sembang dengan
mulut je (verbal agreement). Mana laku beb kat mahkamah. At least kena ada in writing kerja
apa yang dipersetujui tu. Kena jelas dalam sebut harga tu. Leter head syarikat kena ada,
alamat, tarikh dan harga. TAPI, yang paling penting adalah spec atau kerja yang nak dibuat tu.
Maksudnya kena details la sebut harga tu. Ok kita bagi contoh la nak bagi senang faham.
Contoh simple je - kerja wiring.
Sebut Harga:-
Kontraktor A: 1 point wiring RM120
Kontraktor B: 1 point wiring RM500.
Korang nak pilih yang mana? Haha. Mestilah yang A kan? Jawapannya akan
terungkai jika sebut harga tu details. Ok saya bagi contoh sebut harga details sikit.
Sebut Harga:-
Kontraktor A: 1 point wiring, cable looping dari point terdekat, cable lalu on wall surface RM120.
Kontraktor B: 1 point wiring, cable lay dari DB Box menggunakan cable jenama Mega (ada SIRIM). Termasuk kerja-kerja hacking dinding dan make good balik. Cable direntang di dalam dinding menggunakan paip PVC Conduit. RM500.
Haaa apa macam, korang nak mana? Sebenarnya ikut owner. Kekadang owner bajet ciput.
Ambil la A. Sesetengah owner, bajet ada lebih sikit. Ambil la B. Lebih
kemas, sempurna dan paling penting adalah SELAMAT. Cantik je finishing dinding tu. Tak de
bonggol-bonggol paip wiring di permukaan dinding. Ok back to the point, sebut harga @ quotation tu kena details. OK?
5. Wujud pejabat operasi
Hai, nak buat rumah, kena pilih kontraktor yang betul-betul genuine. Kena la spend masa sikit
research pasal kontraktor yang kita nak engage. Pejabat operasi dia kena ada. Banyak kes telah
terjadi, lepas owner dah transfer deposit, terus lenyap. Putih mata la owner
rumah. Bukan senang nak kumpul duit. Makan masa, makan tenaga dan kudrat nak kumpul
duit. Jadi kalau ada pejabat, boleh la cari balik kontraktor tu. Boleh proceed legal procedure.
Untuk makluman korang, untuk korang proceed legal, kena ada alamat kontraktor tu tau! Aik,
kenapa pula ya? Ye lah nak saman-menyaman, surat tu perlu lah sampai di tangan kontraktor
penipu tu. TAPI, ada juga yang pandai berlakon ada pejabat ni. Nanti saya akan cerita details
macam mana nak tahu pejabat tu milik kontraktor tu. Sebenarnya banyak lagi tips. Yang saya share ni point-point utama sahaja. Nanti saya share lagi ye.
Keep in touch.
Jika perlu apa-apa info berkenaan dunia kontraktor, sila whatsapp saya di 019-4508030
(Khairul Izwan). Kalau nak renovate rumah, pejabat dan kilang juga boleh juga kita bincang-bincang.
Kita bagi harga yang patut-patut je. Tak murah sangat, tak mahal sangat. Kang bagi harga murah, spec
low quality pula. Bagi harga mahal, owner taknak keluar bajet. Takpe, kita bagi harga ikut bajet owner
ye. Yang penting, tak kena tipu!
HUBUNGI KAMI!
Hadi Venture Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan kontraktor sejak tahun 2015, dengan kepakaran dalam bidang pembinaan, pengubahsuaian rumah, kontrak bangunan, pengubahsuaian dapur, reka bentuk dalaman, penambahbaikan rumah, serta perkhidmatan pembinaan bumbung. Sebagai sebuah syarikat pembinaan yang dipercayai, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk kontraktor pengubahsuaian, kontraktor am, pembinaan rumah tersuai, dan pengubahsuaian luaran. Hubungi kami untuk membantu merealisasikan kediaman impian anda.
Consult dengan kami sekarang – TEKAN SINI