was successfully added to your cart.

Cart

TIPS Pemilik Rumah- Perancangan renovasi ruang rumah

By August 6, 2017Kerja Renovasi

Pelbagai aspek perlu dipertimbangkan dalam urusan pengubahsuaian rumah. Pemilik juga harus benar-benar memahami konsep pengubahsuaian rumah. Tidak semestinya pengubahsuaian rumah itu harus dirombak keseluruhan rumah. Terkadang sentuhan yang minima sahaja cukup untuk menyempurnakan suasana.

Sebelum itu, sesuaikan bajet anda dengan idea renovasi rumah. Prioritikan ruang-ruang tertentu sahaja. Cara ini dapat membantu menjimatkan kos anda. Pengubahsuaian rumah tidak memerlukan kos yang tinggi. Cukup sekadar memberi keselesaan kepada ahli rumah.

Cara lain untuk anda mengurangkan perbelanjaan, cuba rajinkan diri anda untuk meninjau harga barangan yang diperlukan untuk pengubahsuaian rumah. Kaedah yang biasa dipanggil survey ini membantu anda untuk mengenalpasti harga barangan yang paling murah dan berkualiti untuk rumah anda.

Sekiranya kediaman anda mempunyai ruang yang kecil, tak perlu untuk mengubahsuai ruang itu menjadi besar. Cukup anda menggunakan tips dekorasi untuk meluaskan ruang yang minima itu.

Tips untuk menyempurnakan ruang kecil anda, minimalkan penggunaan item dekorasi, dan penambahan cermin membantu meluaskan pandangan pada sudut kecil rumah anda. Aspek warna dan penggunaan tona yang cerah dan lembut juga membantu sudut kecil rumah anda tampak luas dan besar.

Jadi, ia bukan masalah besar kepada penghuni yang mempunyai ruang dalaman rumah yang kecil untuk mencorakkan imaginasi dalam dekorasi dan renovasi rumah.

Leave a Reply