was successfully added to your cart.

Kabinet Dapur Bayaran Ansuran – Pelanggan Gembira

By August 6, 2017Kabinet Dapur

Ruang dapur yang kemas dan bersih membuatkan para ibu dan isteri lebih bersemangat untuk menyediakan hidangan makanan buat keluarga. Apalagi jika ditambah dengan aksesori kabinet dapur yang menjadi idaman mereka. Penambahan kabinet dapur membantu mereka menyusun dengan rapi alatan-alatan dapur dan memudahkan pekerjaan di dapur.

Harus diingatkan bahawa pemilihan material untuk kabinet dapur adalah aspek yang paling penting. Hal ini kerana, material yang kukuh menjadikan kabinet dapur anda tahan lebih lama. Sekiranya rumah anda sering dinaiki air, pilih material kabinet dapur berasaskan stainless steel. Material jenis ini mampu bertahan untuk tempoh yang lama kerana anti karat.

Bagi anda yang meminati gaya glamour, cuba anda tinjau material jenis 3G Glass atau 4G Glass. Material jenis ini tidak menggunakan kayu, jadi ia selamat dari ancaman anai-anai. Ia berasaskan aluminium dan glass. Pemilihan penggunaan pintu jenis glass ini menampakkan gaya glamour daripada kilauan kacanya.

Kos mahal? Cuba anda tukar kepada material lain yang lebih murah. Pelbagai jenis material kini tersedia di kedai-kedai perabot. Sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang mencukupi, cuba anda buat pembayaran secara ansuran.

Sebagai contoh :
Kos Kabinet Dapur : RM 10,000
Tempoh Bayaran : 36 bulan
Bayaran Ansuran : RM 278/sebulan

Mudah dan fleksible. Tidak salah untuk memiliki sesuatu yang berharga tinggi, tetapi biarlah sesuai dengan kemampuan sendiri. Oleh itu, bertindak bijak dalam pengurusan kewangan, membantu anda mencapai apa yang diinginkan.

Kepada pelanggan yang budiman, bayaran ansuran ini hanya disediakan kepada pemegang kad kredit sahaja.

Join the discussion One Comment

Leave a Reply